Beca Turbo..~

Aku..~ Blogku..~ & Suke Hatiku..~ Lu Pehal..? xSuke? Go Die..~ HaHaHa...~ (^_^)

June 12, 2010

Perlawanan Ke-2 Piala Dunia 2010

Posted by BecaTurbo

Perlawanan kedua Piala Dunia 2010 antara Uruguay vs France berkesudahan seri tanpa jaringan..~ 0-0...~





URUGUAY
(0)







-VS-









FRANCE
(0)








becaturbo@blog : sekali seri lagi da.. yeah..~ \m/


Keputusan perlawanan pembukaan pertama Piala Dunia 2010. Afrika Selatan sekadar seri 1-1 dengan Mexico.

Gol Afrika Selatan dijaringkan oleh Siphiwe Tshabalala pada minit ke-54 s manakala gol penyamaan Mexico hadir pada minit ke-79 hasil rembatan daripada Rafael Marquez.






South Africa
( 1 )


- Siphiwe Tshabalala ('54)







- VS -





MEXICO
( 1 )



-Rafael Marquez ('79)






becaturbo@blog : sekali seri la pulak..~ tp mmg best dowang men.. huhu.. yeah..~

June 11, 2010

Piala Dunia

Posted by BecaTurbo


Piala Dunia Kini Kembali..~ Berlangsung di Afrika Selatan Bermula Dari 11 jun 2010
hingga 11 julai 2010
Ape Lagi..~ Jangan Lupe.
. Pastikan Diri Anda Terpacak Di Hadapan TV setiap kali perlawanan..
hahaha..=D








Trofi Piala Dunia








Logo Piala Dunia
Afrika Selatan 2010














Bola Rasmi Piala Dunia
Afrika Selatan 2010

Name : JABULANI




























Senarai Negara Yang Layak Ke Piala Dunia Afrika Selatan 2010



becaturbo@blog : Aku pon nak tepacak depan tv gak.. hehehe..=D

June 10, 2010

SUKMA XIII Melaka 2010

Posted by BecaTurbo


SUKMA XIII Melaka 2010 Sedang Berlansung Bermula Dari 10Jun-19Jun 2010..~

So kepade sesape yang ade kat melake tu.. ape d`tunggu lagi..~
kalo free p la tgk pertadingan ape yang berdekatan dengan kowang..~ layan..~



Logo Sukma XIII 2010..~




Maskot Sukma XIII 2010






Senarai Sukan Yang D`Pertandingkan Di SUKMA XIII MELAKA 2010




becaturbo@blog : Yeah..~ Johor..~ pungut pingat banyak2..~ gogogog..=D

Nama² Jepun Khas Untuk Kowang..~

Posted by BecaTurbo

Aku Dapat Name2 neh dari emaill..~ Sape tah yang rajin hantar.. so ape laie.. layan..~ (^^,)

=> Keji CaciMaki = Yang Pemarah

=> Sato SukaMura = Yang x Suke Barang Mahal²

=> Kita TadaSuara = Yang Bisu

=> Nanachi Hitose = Yang Suke Makan Tose

=> Apo NakDiKato = Yang Suke Layan Lagu Jiwang @ Blues

=> Asiko Ulangkaji = Yang Suke Study

=>Wakasi HuruHara = Suke Bikin Kecohhhhhhh

=> MatiMati TamoKasi = Yang Kedekut Taik Idong Masin

=>Asiko GiloBetinoko = Yang Suke Kawen Banyak


becaturbo@blog : oi..~ ape lagi.. pilihla.. HaHaHa..~=D

Budak banyak lengan dibedah

Posted by BecaTurbo


BIHAR, India - Seorang budak lelaki India berusia tujuh tahun, Deepak Paswan akhirnya selamat menjalani pembedahan bagi membuang lapan anggota tambahan menyerupai kaki dan tangan di sebuah hospital dekat sini semalam.

Sepasukan 15 doktor di Hospital Fortis di Bangalore membuat pembedahan itu bagi membuang lebihan anggota tambahan tersebut yang sebenarnya merupakan daging parasit dan bersambung ke bahagian abdomen.

Anggota tambahan itu seolah-olah seperti empat tangan dan empat kaki.

Sebelum dia dibedah, terdapat penganut-penganut agama Hindu yang memujanya sebagai jelmaan Dewa Vishnu yang mempunyai banyak anggota badan.

"Dia sudah 100 peratus pulih," kata ketua pasukan pembedahan, Ramcharan Thiagrajan.

Menurutnya, pasukan pembedahan tersebut berdepan dengan cabaran untuk memastikan bahagian usus budak itu berfungsi dengan betul untuk tempoh jangka panjang.

Bapanya, Viresh Pasawan berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana kos pembedahan yang mencecah 2.34 juta rupee (RM166,350) ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital berkenaan.

Anaknya dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mei lalu.

Pasawan yang berusia 30-an dan bertugas sebagai pekerja pembinaan menyifatkan pembedahan anaknya dianggap paling rumit serta berbahaya apabila ia mengambil masa selama empat jam.

Pasawan menganggap pembedahan anaknya itu sebagai ajaib. Dia berkata, anaknya itu akan pergi ke sekolah sebagai manusia normal selepas pulih daripada pembedahan. - AFP


original article : Kosmo!


becaturbo@blog : fuh..~ banyaknye tangan n kaki die... seb baik dah bedah..


Keturunan Puteri Saadong Ke - 7

Posted by BecaTurbo


KOTA BHARU – Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam sejarah Kelantan.

Sebuah resort di sini menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya kelmarin.

Ia adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.

Puteri Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.

Baginda dikatakan membawa diri ke Indonesia.

Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.

Upacara itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.

Upacara bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.

Ibu bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana berwarna kuning.

Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota oleh Pangeran Norman.


original article : Kosmo!


becaturbo@blog : hm..~ (-_-)" whatever..~

June 05, 2010

Beca Turbo..~

Posted by BecaTurbo


Hyeeeeeeee..~~ Heyyyyyyyy..~ Hoiiiiiiiii..~ hahahahahah..=D
aHa..........~~~ ni la beca turbo aku.. aku parking kat
OSTROLIA.. ahahahahha..=D
Aku xtaw ape nak tulis kat blog neh.. xpandai ah nak memblogkan diri.. ni just nak terai2 ah..~
kowang xkesah kan? tapi kalo kowang kesah pon.. aku peduli ape.. go die la sane.. hahahaha..=D
k ah.. bla..~ nak cari bahan utk
belog neh.. hahahaha..=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mindz Funz

[[[[[[[[[[-Penafian a.k.a Go Die-]]]]]]]]]]

Pihak pengurusan blog ini tidak akan bertanggungjawab diatas segala masalah,kerosakan dan kesulitan hasil daripada penggunaan mana-mana maklumat yang tersiar didalam blog ini..~